EventHiburan

11.11 Big Sale: Shopee Sumbang RM11,000 Kepada MAKNA

Atas sambutan hangat, platform e-dagang Shopee kembali membawakan acara 11.11 Big Sale yang mana ia menawarkan pelbagai diskaun dan keistimewaan eksklusif menarik untuk pembeli tegar dalam talian.

Sehubungan itu, Shopee turut tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan sebanyak RM11,000 kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) bersempena kempen #ShopeeMAKNA.

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Lok Weng Lum, kempen itu bertujuan meraih dana untuk MAKNA. Hasil kutipan akan disalurkan kepada kepada pesakit kanser kurang berkemampuan yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar.

“Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA,” katanya pada majlis pelancaran 11.11 Big Sale yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid, Penolong Pengurus Shopee Malaysia, Adrian Leow serta selebriti yang menyokong kempen tersebut seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Yasmin Hani, As’ad Motawh dan Farahanim Razak.

Shopee juga bekerjasama dengan Pusat Perubatan Sunway untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kanser. Sehubungan itu, 300 penyumbang pertama yang menderma RM100 akan menerima ujian darah percuma manakal 50 penyumbang pertama dengan nilai pembelian RM250 akan menerima pakej mamogram 3D secara percuma.

Sementara itu, Shopee akan meneruskan kempen Beli Barangan Malaysia semasa berlangsungnya kempen 11.11 Big Sale untuk menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia sekali gus membantu usahawan tempatan memasarkan produk dan mengembangkan perniagaan mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button