EventHiburan

1,400 Penonton Terhibur Dengan Alunan Suara ‘Power’ Tulus!

Persis Sam Smith! Itu gambaran yang dapat diberikan penulis saat menonton konsert sulung penyanyi ternama Indonesia, Tulus yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya malam semalam.

Konsert berdurasi selama 90 minit terasa terisi apabila Tulus sendiri cukup bijak berkomunikasi dengan para peminat setianya.

Muncul tepat jam 9 malam, Tulus atau nama lengkapnya, Muhammad Tulus Rusydi, 31, memanaskan pentas dengan lagu daripada album keduanya, Gajah yang berjudul Baru.

Meneruskan persembahan dengan lagu kedua, Kisah Sebentar baharulah selepas itu Tulus mengambil peluang untuk bertanya khabar dengan 1,400 peminat yang membanjiri lokasi konsert.

“Dua tiga minggu sebelum mengadakan konsert hari ini, saya sering terima komen di Instagram daripada peminat di Malaysia mengatakan mereka kehabisan tiket untuk menonton konsert ini.

“Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang antara pembeli tiket terawal. Jika ada kesempatan, saya akan kembali menghiburkan anda semua di sini lagi,” ujarnya yang disambut sorakan hangat daripada penonton.

Secara keseluruhannya, Tulus telah mempersembahkan 15 buah lagu yang terdiri daripada ketiga-tiga albumnya, Tulus (2011), Gajah (2014) dan Monokrom (2016). Antara lagu yang didendangkan seperti Tukar Jiwa, Monokrom, Ruang Sendiri, Gajah, Langit Abu-Abu, Labirin, Teman Hidup, Begawan Solo, Lagu Untuk Matahari, JCAA, Pamit, Manusia Kuat dan Sewindu.

Kemerduan suara Tulus turut dikagumi ramai selebriti tempatan dan antara yang kelihatan dalam konsert itu seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Nabila Huda dan Cat Farish.

Konsert Tulus Live at Istana Budaya telah dibawakan khas oleh Shiraz Projects.

Selepas Kuala Lumpur, Tulus akan membuat persembahan di sebuah festival muzik di Kuching, Sarawak dan akan terbang ke Melbourne, Australia bagi menghiburkan peminat di sana pula. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Ajako Watanabe / Shiraz Projects

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button