EventHiburan

1,500 Keping Tiket Konsert The Reunion 911 Sudah Habis Terjual

Setelah kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia sekitar tahun 2000, kini kumpulan pop terkenal dari England iaitu 911 kembali ke negara ini.

Bakal mengadakan konsert The Reunion 911, kumpulan yang terdiri daripada Lee Brennan, Simon Spike Dawbarn dan Jimmy Constable itu akan beraksi di Pusat Konvensyen Quill pada 22 Jun ini.

Malah, apa yang lebih membanggakan apabila 1,500 keping tiket yang berharga antara RM98 hingga RM598 kini sudah habis terjual.

Ujar salah seorang anggota kumpulan berkenaan, Lee Brennan menyatakan mereka sememangnya sangat teruja untuk menghiburkan peminat-peminat di negara ini.

“Sudah tentu Malaysia begitu dekat dengan hati kami dan sememangnya kami berasa sangat terharu dengan sambutan peminat setia yang terus memberikan sokongan, meskipun sudah lama tidak aktif.

“Untuk persembahan pada hari Sabtu ini (22 Jun), kami akan menampilkan satu persembahan yang cukup bertenaga dengan sebanyak lebih 20 lagu yang akan dinyanyikan,” ujarnya.

Menurutnya, antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan mereka semasa konsert itu nanti seperti All I Want Is You, Don’t Make Me Wait: Bodyshakin dan The Day We Find Love.

Kumpulan 911 yang cukup popular dalam kalangan anak muda sekitar era 90-an itu kembali bergabung untuk sebuah rancangan realiti televisyen di United Kingdom pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Malaysia merupakan negara Asia pertama yang dilawati oleh 911 sejak mereka kembali bergerak aktif dalam bidang nyanyian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button