
Baru 2 Bulan Bercinta, Nick Jonas Dah Melamar Priyanka Chopra
Menurut sumber yang dipetik portal antarabangsa People, Nick dipercayai melamar Priyanka ketika sambutan hari lahir aktres itu yang ke-36 tahun minggu lalu di kota London.
Demi mendapatkan cincin tunang yang sempurna, Nick dikatakan telah meminta pembantu jualan di Tiffany & Co. untuk menutup kedai bagi membolehkannya meluangkan masa memilih cincin yang terbaik untuk wanita idamannya itu.
Pasangan ini mula menyulam cinta sejak Mei lalu selepas berkenalan pada majlis keraian Met Gala, tahun lepas.
Hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak apabila Nick dan Priyanka sudah meluangkan masa bertemu ibu bapa pasangan masing-masing.
Nick sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Miley Cyrus, Selena Gomez dan aktres Kate Hudson. – KopiPlanet.com