EventHiburan

Empat Jejaka Rebut Gelaran Jaguh Hero Oven Musim Kedua

Empat finalis bakal bertarung dalam pertarungan akhir musim kedua Hero Oven yang akan disiarkan menerusi episod finale pada jam 5.30 petang di TV3, esok.

Bermula dengan 12 peserta, kini hanya tinggal empat peserta yang kekal selepas melalui pelbagai cabaran dalam 10 pusingan iaitu Muhammad Adam Mahamed Ismail, 27, Alex Chai Chee Hung, 26, Amir Hamzah Mohamed, 31, dan Muhammad Ikhwan Mustafar, 25.

Untuk pusingan akhir, finalis perlu menyiapkan tiga peringkat manisan berdasarkan tema yang telah diberikan. Mereka perlu menyediakan kek dua tingkat, menara macaron setinggi 40cm dan tiga jenis petit fours dalam tempoh enam jam untuk jamuan minum petang kasual yang bertemakan ‘fun & easy’.

Hero Oven dihoskan Cef Fikree Aznan dan Cef Sarah Samsul Ariffin. Untuk pusingan akhir, dua pakar manisan terkenal iaitu Cef Jasman Saidin dan Cef Nazeri Ismail dijemput memberikan pendapat bernas serta teguran-teguran ‘pedas’ bersama-sama dengan selebriti popular, Lana Nordin.

Juara Hero Oven bakal membawa pulang sebuah trofi, wang tunai dan barangan elektrik.

Episod akhir ini turut disiarkan menerusi portal tonton di www.tonton.com.my. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button