AdvetorialKongsi

43 Karya Terbaik Pelukis Ali Nurazmal Yusoff Dipamerkan Di Pameran ARTCONOMICS

Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) dengan kerjasama Galeri Seni UM telah menganjurkan sebuah pameran seni kontemporari yang bertemakan ARTCONOMICS yang sudah bermula Ahad lalu sehingga 2 Julai di Galeri Seni Universiti Malaya (UM).

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan objektif pameran ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan ekspresi artistik dalam fabrik dinamik ekonomi serta mengenali secara dekat hubungan dinamik antara seni dan ekonomi.

“Idea projek ini diinspirasikan oleh artikel Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2021 dan

“Pameran tersebut dirasmikan sendiri oleh beliau yang kini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,” ujarnya.

ARTCONOMICS turut mempamerkan 43 keping karya terbaik Ali Nurazmal Yusoff sejak tahun 1990-an hingga kini yang juga merupakan pameran solo ke-8 buat pelukis berkenaan.

Ali Nurazmil berkata, seni lukisan ini sebenarnya satu industri yang cukup besar di luar negara dengan pasaran ekonomi yang begitu meluas.

“Seperti yang diucapkan Tengku Zafrul, pelaburan melibatkan seni sebegini bukan sahaja melibatkan jutaan ringgit, tetapi sehingga berbilion.

“Cuma di Malaysia kita masih dałam proses untuk mencapai seperti di negara lain. Apapun kita sentiasa cuba menaikkan value serta mengangkat karya seni kita di mata dunia,” ujarnya.

Selain itu, forum bertemakan ‘Relevansi antara Seni & Ekonomi’ akan diadakan bagi membuka ruang diskusi akademik dan intelektual. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button