Cerita ArtisHiburan

Norjuma Habib Bakal Disaman Fitnah Oleh Fame Up Entertainment

Bekas personaliti popular, Datin Norjuma Habib Mohamed dan seorang lagi individu bakal disaman fitnah oleh Fame Up Entertainment berhubung penyebaran sebuah video fitnah membabitkan VIP negara.

Pengarah Urusan Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 39, menerusi peguamnya Azlan Abdul Razak telah menfailkan writ saman pada Selasa lalu di Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut plaintif iaitu Fame Up Entertainment, mereka telah difitnah oleh defendan (Norjuma) yang mengaitkannya sebagai penyebar video fitnah tersebut.

“Hari ini saya mewakili anak guam iaitu Fame Up Entertainment bagi membersihkan namanya berikutan penyebaran video tersebut yang didakwa telah dilakukan olehnya.

“Berikutan dakwaan defendan yang mengatakan anak guam sebagai pereka video tersebut, di sini saya ingin tegaskan bahawa anak guam saya bukan pereka video itu dan perkara ini telah tersebar sehingga mencalarkan imej anak guam” kata Azlan kepada KopiPlanet.com semasa ditemui pada majlis sidang media kes saman fitnah yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

Bagaimanapun, usaha pihak media untuk menghubungi Norjuma gagal apabila panggilan tidak dapat disambungkan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button