Cerita ArtisHiburan

Ezlynn Mahu Tampil Segar Dan Berbeza Dengan Imej Baru

Hampir sebulan melancarkan single terbarunya yang berjudul Goyang, penyanyi Azline Arrifin, 37, atau lebih dikenali sebagai Ezlynn kini tampil dengan imej baru yang lebih segar dan berbeza daripada 11 tahun yang lalu.

Menurut Ezlynn, dia mempunyai 40 lebih koleksi rambut palsu pelbagai warna yang dirtukar-tukar setiap hari sebagai penampilan terkini.

“Sebenarnya saya masih berfikir panjang sebelum menukar imej seperti sekarang. Seperti kalian nampak, sekarang ini saya menggunakan pelbagai warna rambut palsu sebagai imej terbaru saya.

“Tidak semua orang bila pakai rambut palsu nampak pelik dan mungkin saya nampak lebih sesuai memakainya. Saya mahu tampil lebih segar dan berbeza sebab sebelum ini hampir 11 tahun saya masih terperangkap dengan imej rambut kerinting dan Hi Hi Bye Bye. Imej terbaru saya ini saya inspirasikan dari penyanyi antarabangsa Nicki Minaj.

Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Goyang dan muzik video di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, perubahan imej terbaru ini juga dikatakan Ezlynn cuba untuk melupakan kisah bersama bekas suami dengan berkenalan dengan lebih ramai orang.

“Sebenarnya saya cuba berkawan dengan semua orang, tetapi apakan daya mereka tidak memahami cara saya dan mungkin saya juga tidak bersedia.

“Saya hanya mampu berserah kepada Allah dan biar Allah yang tentukan. Saya memang sudah move on, tetapi sukar untuk melupakan memori 11 tahun dahulu secara mendadak.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam Fahmy pada 21 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai pada Oktober tahun lalu.

Single Goyang terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.

Artikel : Syafiqah dan Nur Fatin
Pelajar Praktikal : UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button