Cerita ArtisHiburan

Dynas Mokhtar Keluar Produk ‘Paste’ Asam Pedas Dengan Ibu Mertua

Pelakon Dynas Mokhtar bersyukur biarpun dalam keadaannya yang kini semakin sarat mengandungkan anak ketiga, dirinya masih lagi larat dan aktif dalam mengurus kerja-kerja seni dan perniagaannya.

Menurut Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 36, dia menyifatkan ini semua rezeki anak yang dikandungnya bila mana dia semakin banyak mendapat tawaran lakonan sejak kebelakangan ini.

“Sejak akhir-akhir ini makin banyak tawaran yang saya terima, mungkin ini semua rezeki anak, Alhamdulillah. Selain itu, saya pun sejak akhir-akhir semakin sibuk dengan bidang perniagaan yang akan saya cuba selepas ini.

“Saya dan ibu mertua dah rancang nak jual ‘paste’ sambal dan kuah mi bagi memudahkan lagi kerja masak-memasak. ‘Paste’ yang akan dijual ini 100 peratus menggunakan resipi asli daripada ibu mertua saya.

“Dalam perancangan, kami nak keluarkan dulu ‘paste’ asam pedas dan kuah mi bandung Muar. Hari itu saya ada buat makan-makan dan kawan-kawan pun beri respon sedap dan kami mungkin akan pasarkan produk ini dalam masa terdekat.

“Selain daripada plan nak jual produk ‘paste’ masakan ini, saya juga dalam proses membangunkan butik dan kafe bersama ibu bapa saya. Butik dan kafe itu nanti akan beroperasi InsyaAllah sebelum raya ini,” katanya kepada KopiPlanet.com

Dynas ditemui pada majlis tayangan filem Bella & Jamie yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi filem itu, Dynas melakonkan watak antagonis yang memerlukannya untuk menghisap rokok. Menurut Dynas, dia bukan sengaja mahu merokok sebaliknya hanya memenuhi tuntutan wataknya sahaja.

“Kalau tengok daripada filem Bella & Jamie, saya memang nak gambarkan watak yang saya mainkan itu sebagai wanita yang jahat dan harapnya orang jangan ikut. Memang saya sendiri akui buruk kalau tengok seseorang wanita itu merokok,” jelasnya.

Bella & Jamie turut menampilkan lakonan Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia dan Bell Ngasri. Filem terbitan Mermaid Studios mula ditayangkan hari ini di 41 pawagam seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button