
Lana Nodin Ajak Orang Ramai Menderma Kepada Yayasan IJN
Pelakon popular Lana Nodin menyeru kepada orang ramai supaya memberikan sumbangan kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi laman Instagramnya, Lana menyatakan sumbangan kepada yayasan tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu kanak-kanak yang berhadapan masalah jantung seperti yang dilalui anak keduanya William Daud McKienzie yang mengalami Aotic Stenosis (masalah injap).
“Assalamualaikum… Nama saya William Daud McKienzie, AKA “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic stenosis.
“Anda semua boleh membantu less fortunate children macam saya untuk mendapatkan bantuan treatment donating dengan menderma kepada Yayasan IJN, please see the account info on the next photo,” ujarnya.
Dalam pada itu, anak kedua pelakon berkenaan akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada hari esok dan dia memohon agar mendoakan anaknya.
“Semua donations are tax exempt jika anda menderma Cukai anda Akan Di bebaskan . Please doakan saya esok dengan selamat as I am going in to relieve the pressure on my heart. Insyallah,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Lana Nodin