
Peminat Terkejut Lihat Wajah Rose Blackpink Ketika Sekolah Menengah
Baru-baru ini, buku laporan sekolah menengah salah seorang anggota kumpulan Kpop terkenal iaitu Rose Blackpink telah tersebar di internet.
Ternyata apa yang menjadi bualan dalam kalangan peminat adalah mengenai wajah penyanyi itu ketika sekolah menengah yang nyata jauh berbeza dengan sekarang.
Dalam gambar di buku laporan itu, ternyata Rose atau nama yang digunakan ketika bersekolah iaitu Roseanne Park, dia tampil dengan gaya rambut pendek di atas leher.
Malah, apa yang lebih menjadi bualan peminat apabila ada segelintir yang beranggapan bahawa wajah penyanyi itu kelihatan lebih dewasa ketika sekolah berbanding sekarang.
“Saya agak terkejut melihat gambar buku laporan sekolah Rose. Gaya rambutnya itu membuat Rose ketika sekolah menengah kelihatan lebih tua dari sekarang,” ungkap salah seorang peminatnya.
Sementara itu, Blackpink baru sahaja selesai dengan siri jelajah konsert mereka di Australia dan pada bulan hadapan mereka akan berkunjung ke Bangkok, Thailand. – KopiPlanet.com