Cerita ArtisHiburan

Zul Huzaimy Hasilkan Filem Permotoran Sendiri Atas Pemintaan Peminat

Setelah menarik diri daripada filem Remp-It 2, pelakon Zul Huzaimy menyatakan dia kini sedang dalam proses untuk menghasilkan filem permotoran sendiri.

Menurut Zul, filem berkenaan adalah berdasarkan daripada skrip asal filem berkenaan dan telah diolah semula untuk satu situasi yang lain.

“Apabila membaca skrip itu semula, saya lihat ia boleh menjadi sebuah kisah yang lain. Saya tidak mahu terlalu fokus kepada kisah permotoran sahaja, tetapi mahu selitkan unsur kekeluargaan.

“Kisah permotoran tetap menjadi tema utama kerana ia adalah gambaran sebenar yang berlaku. Namun elemen-elemen lain juga tetap diselitkan,” ujarnya.

Zul berkata demikian ketika ditemui selepas berlangsungnya rancangan All Stars Buka Panggung yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam rancangan tersebut, Zul berjaya menewaskan tiga lagi peserta iaitu Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina.

Menurut Zul, buat masa ini dia sedang dalam proses untuk mengubah semula plot penceritaan dan dialog serta menyatakan sudah ada beberapa pelabur yang berminat dengan filemnya itu nanti.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persepsi sesetengah netizen yang akan menganggap dia menghasilkan filem berkenaan kerana mahu bersaing dengan filem Remp-It 2, pelakon menyatakan tidak seharusnya timbul persepsi sedimikian kerana apa yang dilakukannya itu adalah memenuhi permintaan peminat.

“Sekarang ini peminat yang mahu saya terus hasilkan filem permotoran ini. Kalau tiada permintaan daripada peminat, terutama ahli-ahli Spark Malaysia buat apa saya nak buat.

“Peminat yang banyak bagi dorongan kepada saya menerusi komen-komen di laman sosial. Lagipun filem yang saya buat ini adalah cetusan idea daripada ahli-ahli Spark yang saya kumpul sejak tahun lepas,” jelasnya.

Masih mahu merahsiakan tajuk untuk filem terbaharunya itu, Zul memberitahu bahawa penggambaran akan dimulakan pada tahun hadapan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button