Cerita ArtisHiburan

iR Radzi Luah Rasa Kecewa Ada Lagunya Digunakan Tanpa Kebenaran

Penyanyi iR Radzi mengakui dia berasa agak kecewa apabila ada beberapa lagu nyanyian dan ciptaannya telah digunakan untuk menjadi lagu runut bunyi (OST) dalam drama tanpa kebenaran.

iR Radzi berkata, dia tidak kisah jika lagunya itu dijadikan OST untuk sesebuah drama atau telefilem, tetapi adalah lebih baik sekiranya meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu.

“Kadang-kadang apabila menonton drama, tiba-tiba terdengan lagu nyanyian saya dimainkan. Sedangkan saya sendiri langsung tidak tahu apa-apa.

“Tidak dinafikan perasaan kecewa itu memang ada, cuma saya rasa perlulah minta izin terlebih dahulu. Malah, saya berbesar hati apabila lagu saya dijadikan OST kerana ia merupakan satu bentuk promosi,” ujarnya.

Menurut penyanyi kelahiran Sarawak itu, sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menjadikan lagunya sebagai OST, pihak tersebut boleh menghubunginya terus atau pengurusannya iaitu Cloudworks Entertainment.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kariernya, penyanyi yang pernah tercalon dalam Artis Lelaki Baharu Popular dan Penyanyi Lelaki Popular semasa Anugerah Bintang Popular 2016 itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi aktif menyanyi.

Ujarnya, buat masa ini dia juga sedang dalam rangka untuk mempromosikan single terbaharunya iaitu Hanya Milikmu yang turut diselitkan dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang kini disiarkan di TV3.

“Maklum balas yang diterima daripada pendengar untuk lagu ini sangat positif, terutama sekali apabila ia disiarkan di dalam drama berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pada tahun 2017 dia pernah menghasilkan sebuah album yang mengandungi lapan buah lagu, di mana tujuh buah lagu dalam album berkenaan pernah dijadikan OST drama.

Antara lagu-lagunya yang pernah menjadi OST drama adalah seperti Sempurna Waktu (Teman Lelaki Upahan) dan Cinta Terakhir (Ku Kirim Cinta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button