Cerita ArtisHiburan

Ashraf Muslim Sebak Dapat Tahu Dirinya Dijangkiti Covid-19

Pelakon Ashraf Muslim akhirnya mendedahkan bahawa dirinya telah dijangkiti virus Covid-19 menerusi keputusan yang diperoleh pada 12 April lalu.

Dedahnya menerusi Instagram, dirinya berasa cukup sebak setelah memperoleh keputusan itu, namun reda dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.

“Assalamualaikum… tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya.

“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance..(itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua,” ujarnya.

Ashraf merupakan antara pelakon yang turut menjalani penggambaran drama di Inverness, Scotland bersama beberapa pelakon lain seperti Puteri Aishah yang turut disahkan positif.

Dalam pada itu, Ashraf juga memohon maaf kepada semua pihak yang telah menghubunginya dan berharap mereka faham dengan situasi yang dilaluinya sekarang.

“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah.. harap faham dengan situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat, terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.

“Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button