
Pengalaman Tonton Wayang Dalam Kereta Akan Diperkenalkan Di Malaysia
Sering kali melihat senario menonton wayang dari dalam kereta menerusi beberapa naskhah filem Barat, kali ini peminat filem dari Malaysia bakal merasai sendiri pengalaman tersebut.
Pawagam pandu lalu yang dibawakan oleh TwoSpicy Entertainment Live & MD Events Asia yang bakal memulakan trend itu di Malaysia berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagram mereka baru-baru ini.
Dalam entri tersebut, turut tertera iklan yang menyatakan orang ramai sudah boleh membuat tempahan awal menerusi laman web mereka.
>Baca: Panggung Wayang Dibenar Beroperasi Semula Mulai 1 Julai Ini
Walaupun tidak diperincikan di manakah lokasi wayang pacak itu, namun besar kemungkinan ia bakal diadakan di sekitar Lembah Klang.
Inisiatif menonton wayang dari dalam kereta ini dilihat merupakan antara salah satu cara yang efektif untuk berlibur menonton filem kegemaran anda, di kala negara masih lagi berjuang untuk mencatatkan ‘zero case’ Covid-19 di Malaysia. – KopiPlanet.com