AntarabangsaHollywood

Gara-Gara ‘My Wife’… Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Dikhabarkan Sudah Berkahwin

Sejak kebelakangan ini telah tersebar khabar angin yang mengatakan Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz sudah berkahwin tanpa pengetahuan umum.

Khabar angin tersebut tersebar meluas apabila anak kepada pasangan David Beckham dan Victoria Adam itu memakai cincin emas di jari manisnya.

Belum pun reda, pasangan tersebut kembali diperkatakan gara-gara sebuah posting Nicola di Instagram iaitu gambar mereka berdua dengan caption ‘My Forever’.

Apa yang menjadi perhatian apabila Brooklyn pula membalasnya dengan ayat ringkat ‘My Wife’, sekaligus seperti mengiyakan tentang kebenaran khabar angin tersebut.

Selain berita tentang perkahwinan mereka, ada juga peminat yang menganggap Nicola sedang hamil apabila dia memuat naik gambar Brooklyn mencium mesra pipinya dengan caption ‘Baby B’. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button