Rancangan TVTV

Kumpulan Indigo, Eva Tersingkir, 11 Peserta Teruskan Saingan Gegar Vaganza 7

Saingan minggu ke-4 rancangan Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan penyingkiran dua orang peserta sekali gus dan hanya 11 peserta berjaya meneruskan saingan ke minggu seterusnya.

Ternyata dua peserta iaitu kumpula Indigo dan Eva mendapat markah terendah dan gagal memikat hati juri sehingga kedua-duanya tersingkir.

Pada malam tadi, kumpulan Indigo mempersembahkan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel, manakala kumpulan Eva pula tampil dengan lagu Kini yang pernah dipopularkan oleh Feminin.

Dengan penyingkiran tersebut, ia bermakna tiada lagi peserta kumpulan yang akan beraksi di GV7 dan meninggalkan peserta solo yang meneruskan saingan.

Dalam pada itu, Muss yang menyanyikan lagi Dan Sebenarnya berada di tangga pertama, manakala Linda Nanuwil muncul ditangga kedua dan diikuti Noraniza Idris. – KopiPlanet.com

Tema – Tau Tau Sampai (Persembahan Minggu Ke-5)

  1. Takdir Penentu Segala – Muss
  2. Jangan Kau Mimpi – Linda Nanuwil
  3. Nakal Nakal Nakal – Noraniza Idris
  4. Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi – Yantzen
  5. Awan Yang Terpilu – Ayu Damit
  6. Sedang Ingin Bercinta – Cliff Umar
  7. Ketulusan Hati – Oja
  8. Kau Lupa Janji – Aju Success
  9. Lelaki Idaman – Rozita Izlyn
  10. Yang Terindah Hanya Sementara – Ashira
  11. Kasih Latifah – Nomad
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button