Cerita ArtisHiburan

Nyanyi Lagu Dan Sebenarnya, Yuna Beri Pujian Persembahan Muss

Mendendangkan lagu Dan Sebenarnya dendangan asal Yuna, penyanyi rock, Muss berjaya memberikan persembahan terbaik sekali gus menduduki tangga pertama pada konsert minggu keempat program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) semalam.

Menariknya, Yuna turut gembira dan memuji persembahan Muss dan menyifatkan penyanyi lagenda itu telah memberikan persembahan yang baik dan tersendiri.

“Persembahan Muss adalah sesuatu yang sangat berharga dan dia lakukannya dengan begitu baik,” tulis Yuna di laman Twitter.

Kebolehan Muss menyampaikan lagu penyanyi wanita itu turut dipuji Adibah Noor yang beranggapan Muss telah berjaya membawakan Dan Sebenarnya dengan versinya yang unik dan tersendiri.

GV7 yang memasuki minggu keempat semalam menyaksikan dua artis berkumpulan iaitu Indigo dan Eva tersingkir berikutan menduduki dua tangga terbawah.

Kini perjuangan GV7 diteruskan oleh 11 bintang iaitu Muss, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Nomad, Ashira, Cliff Umar, Oja, Aju Success, Ayu Damit, Rozita Izlyn dan Yantzen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button