Cerita ArtisHiburan

Abby Abadi Jawab Fitnah Apabila Dituduh Kaya Kerana Jual Bayi

Pelakon popular Abby Abadi meluahkan rasa kesal berhubung dakwaan dia menjadi kaya dengan aktiviti menjual bayi.

Menerusi luahan di Instagram miliknya, Abby menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan apa yang dilakukannya kerana mahu menyelamatkan bayi-bayi yang tidak berdosa.

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual baby. Ya ALLAH! Berat tuduhan tu… bila nak minta maaf tu? Tak nampak ke saya dengan suami berkerja berniaga macam-macam?

“Ke sana sini joint event… berniaga dah macam peniaga pasar malam. Bulan-bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini… marah anak-anak supaya berjimat,” luahnya.

Menurut Abby, dia mahu menjawab segala fitnah-fitnah yang dilemparkan setelah terbaca di sebuah forum mengenai mereka yang suka menokok tambah terhadap apa yang diusahakannya bersama suami.

Ujarnya, dia juga hairan apabila ada pihak yang bersifat dengue serta berburuk sangka terhadap usaha tersebut sehingga seronok menyebar fitnah.

“Kalau siapa yg mengikuti: Dari awal saya bagitau… Saya terlibat buat kerja ni cara tak sengaja… lepas saya ambil Daiyan, sikit punya ramai yang nak serahkan baby pada saya lagi. Macam-maca latar belakang.

“Saya bincang dengan suami @jaiezzany , kami sepakat, oklah ambil sorang lagi perempuan. Sebab tu saya ambil lagi Dayana… pastu selepas Dayana, saya dah tak mahu dah, dan saya uruskan untuk orang lain sebab baby-baby yang saya uruskan tu semua mak nya cari saya utk dibantu. Dan saya bantu semampu saya,” jelasnya.

Ujar Abby, kebanyakan ibu bayi yang dibantunya itu berada dalam kesusahan dan langsung tidak mempunyai duit.

“Saya dulukan lagi duit saya, RM200, 300, 500, 1000. Yang bersalin pun ada yang pinjam duit saya sampai RM6k, RM2k janji nak bayar lepas serah baby dekat mak pak angkat… hilang.

“Macam-macam lagilah cerita tapi saya tak share sebab sehabis baik tak nak aibkan sesiapa. Susah ke nak percaya ada yang boleh je bantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa? Korang ingat semua hati busuk macam korang yang syok bersembang membabi buta kat forum.com tu?” tegasnya.

Menurutnya, ada juga komen yang mengatakan bahawa dia meletakkan syarat iaitu mengenakan bayaran untuk ambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Jelasnya, ia sebenarnya adalah kos untuk ibu bayi tersebut bersalin memandangkan ada yang bersalin di hospital swasta serta membabitkan kos berpantang.

“Pastu ada yang komen kat forum tu syarat saya nak ambil takde yang free… Aiyooo, bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak baby la.. dah diaorang bersalin tu ingat main-main ke?

“Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5k, RM7k, RM10k, RM15k. Memang ada bil yang tinggi macam tu. Sebab tu saya cari yang mampu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sejak dari awal dia memang menjadi perantara dan duit tersebut juga tidak disalurkan kepadanya.

“Saya kenalkan je dan terus mak pak angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya menjual baby ni?” persoalnya. – KopiPlanet.com 

Kredit Foto: Instagram Abby Abadi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button