Cerita ArtisHiburan

Eizlan Yusof Mahu Ambil Tindakan Saman Terhadap Hans Isaac

Pelakon yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof mahu mengambil tindakan saman terhadap Datuk Hans Isaac.

Eizlan dalam satu kenyataan menjelaskan, ia susulan terhadap tuduhan Hans yang mengatakan pembabitannya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” jelasnya.

Eizlan berkata, tuduhan tersebut dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

Tegasnya, dakwaan palsu berkenaan secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasinya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku.

“Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” ujarnya.

Menurutnya, dia telah melantik peguamcara, T etuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button