Cerita ArtisHiburan

“I Masuk Agama Islam Untuk Popular?” – Michael Ang Bidas Kenyataan Netizen

Gara-gara memuat naik status di Twitter tentang rasa tidak puas hati terhadap persembahan Noraniza Idris di Gegar Vaganza 7, pengarah popular telah mendapat kecaman netizen, terutama peminat penyanyi berkenaan.

Sehinggakan, ada netizen yang menggunakan akaun dengan nama ‘Akar Zapin Kita’ turut mempersoalkan tentang dirinya yang dikatakan memeluk Islam kerana mahu popular.

“Salam semua. Wow! Benda ni was sent to me! Tak tahu la account apa ni. Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima aje sebab i sendiri yg gatal nak direct n produce n bagi u all tgk! So to me u all Ada Hal nak cakap apa-apa pun pasal drama I! I terima semua!

“Tapi benda pasal i mualaf ni, hish hish nampak sgt kebodohan u, satu Malaysia tahu bila i memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, i yg nak sembunyikan! Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun u all takan tahu I dah beragama Islam! So I memeluk agama Islam untuk popular???” bidasnya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut Michael, tindakan yang dibuat oleh pemilik akaun berkenaan juga membuatkan masyarakat takut dengan Islam.

Ujarnya, dia juga turut berasa sedih dengan netizen berkenaan yang dilahirkan sebagai seorang muslim.

“Kepada penulis and account holder posting ni org yg beragama Islam mcm kau ni la yg membuat org luar sana takut dgn Islam! So pikir2 kan la apa yg u dah Cakap n tulis!

“Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of u luv u and stay safe! Oh yes lupa nak cakap Aku Maafkan kau!,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Michael Ang

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button