Cerita ArtisHiburan

Khai Dedah Pernah Diperli Artis Miskin, Rosma Tak Dapat Tajaan Lepas Keluar AF

Bintang Akademi Fantasia 1 (AF1), Khai mendedahkan sebelum ini dia pernah diperli apabila dikatakan sebagai artis miskin.

Berkongsi di akaun Instagram miliknya, isterinya yang juga bintang AF1, Rosma pula tidak mendapat sebarang tajaan selepas berakhirnya rancangan berkenaan.

“Dulu wife saya kena perli sampai tak dapat sponsor masa keluar AF sebab itulah dia nekad nak Kurus!

“Saya pula dulu kena perli artis miskin sebab itulah saya nak berjaya & kaya! Jadi perli itulah punca kami semangat nak berubah! Thanks!,” tulisnya.

Khai yang juga kini menceburi bidang perniagaan pula turut memberi pesanan supaya tidak marah sekiranya ada yang memerli.

Dalam pada itu, Khai juga berpesan bahawa manusia perlu ada dorongan untuk berubah.

Ujarnya, kadang-kadang dorongan yang positif itu tak memberi kesan sebab masih lagi dalam zon selesa.

“Bila datangnya dorongan yang negatif, tiba-tiba kita akan terkeluar dalam zon selesa itu sekejap sebab dalam kemarahan (dorongan negatif bermaksud PERLI bukan BULI).

“Masa dalam kemarahan itulah terus nekad berubah kearah yang lebih baik bukan sebaliknya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Khai_Rosma

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button