Cerita ArtisHiburan

Michael Ang, Noraniza Idris Akhirnya Bersemuka, Kedua-Duanya Saling Bermaafan

Dua selebriti yang berhadapan dengan kontroversi sebelum ini, Michael Ang dan Noraniza Idris akhirnya bersemuka sewaktu berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung malam tadi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya telah saling bermaaf-maafan berkenaan dengan kontroversi membabitkan rancangan Gegar Vaganza 7 sebelum ini.

“Saya nak mohon maaf kepada Mike (Michael Ang) secara terbuka. Sebab mereka pun mungkin macam yang lain, rasa tercabar dan keluarkan perkataan-perkataan yang tak berapa manis.

“Jadi saya pun dah bercakap sendiri dengan mereka. Jangan sesekali sentuh isu agama kerana ini tak bagus sebab kita tak pernah didik begitu. Saya mohon maaf sekali lagi dan saya bukan jenis orang yang suka mencerca peribadi orang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, perselisihan faham di antara Micheal dan Noraniza menjadi kecoh di laman sosial sehinggakan ada peminat penyanyi berkenaan menyentuh soal agama.

Semuanya bermula daripada komen Micheal terhadap persembahan Noraniza di program Gegar Vaganza yang menimbulkan rasa tidak puas hati Noraniza, keluarga dan peminatnya.

Sementara itu, Michael menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak kisah untuk bersemuka dengan penyanyi berkenaan.

Jelasnya, dia tidak kisah sekiranya ada yang mahu balas setiap komen yang dilontarkannya. Bagaimanapun, apabila ia membabitkan soal agama dia agak kecewa.

“Sebenarnya saya pun nak minta maaf kepada Kak Ani kalau cara saya tweet itu, bahasa yang saya gunakan terlalu kasar.

“Lagipun dah banyak orang yang saya tweet, tetapi mungkin yang saya tweet pada Kak Ani itu dah terlalu terguris. Jadi saya minta maaf,” ujarnya.

Menurut Michael, selepas ini dia tidak akan berhenti daripada memberi komen kerana setiap pandangan yang dilontarkannya adalah dirinya sebagai seorang pendengar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button