Cerita ArtisHiburan

Haqiem Rusli Mahu Diet Selama 30 Hari, Hanya Amalkan Pemakanan Sihat

Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan bahawa dia kini mahu mengamalkan diet dalam tempoh masa 30 hari.

Dalam satu entri di Twitter, Haqiem memberitahu dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh berkenaan.

“Bermulalah esok diet selama 30 hari dengan pemakanan yang sihat, no more cookies, coklat and makanan-makanan fast food.

“Sebab saya amek pek sebulan makanan sihat, nak tau makanan apa, esok saya share!,” tulisnya.

Rata-rata peminat penyanyi itu telah memberikan sokongan terhadap penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga yang cuba mengusik apabila memuat naik pelbagai gambar makanan di akaun Twitter. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram & Twitter Haqiem Rusli

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button