Cerita ArtisHiburan

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman Untuk Bantu Siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa satu siasatan sedang dijalankan terhadap sebuah klip video Azwan Ali yang didapati memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, video berdurasi 41 saat itu telah diviralkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Zai Mikail pada 12 Januari lalu.

“Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali (Diva AA) telah dipanggil ke pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.

“Siasatan juga akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, serta mengganggu gugat keharmonian negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button