Aprena Manrose Disahkan Positif Covid-19, Tegaskan Pesakit Bukan Penjenayah
Pelakon popular Aprena Manrose mengesahkan bahawa dirinya telah disahkan positif Covid-19.
Aprena mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.
“Salam semua, ramai yang nak tahu keputusan saya buat swab test haritu. So here it is, saya memang sejenis ‘penakut’ tapi lagi takut bila tahu result saya positive. Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di ig story. ✌🏻
Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu emma ada buat swab test dkt rmh then i terus minta contact. The next day saya terus buat swab test dirumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive. Tapi setelah mendengar nasihat Dr & kak long dari @kumpulan_megaklinik_zahran , saya rasa nak share cerita ni pada u all,” ujarnya.
Aprena turut berpesan buat mereka yang senasib dengannya supaya sentiasa positif.
Malah, dia turut menegaskan bahawa pesakit Covid-19 bukanlah penjenayah dan bagi mereka yang mempunyai simptom supaya membuat ujian saringan.
“To all of u yang senasib dengan saya, stay calm and always be positive. As we know kes semakin meningkat, posibility utk kita dijangkiti sangat tinggi. Kepada rakyat malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow sop yang ditetapkan.
“Pesakit covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampil kan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10hari. Jika tidak, mungkin korang boleh spread kan lagi virus tu. we can fight this together! insyaAllah. Thank you to all my close friends and family yang sentiasa mendoakan. Love you all. 🤍 #kitajagakita#staysafe,” tulisnya. – KopiPlanet.com