Cerita ArtisHiburan

Hafreez Adam Akui Pernah Kena Gangguan Seksual Di Lokasi Penggambaran

Pelakon Hafreez Adam mengakui dirinya pernah mengalami gangguan seksual dengan seorang wanita di lokasi penggambaran.

Dedah Hafreez, kejadian berkenaan dilakukan oleh seorang wanita yang suka memegang dada dan punggungnya.

“Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu perempuan ni (but abang-abanglah). Suka grab my ass and chest.

“Mula-mula Abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’. Then dia gelak,” kongsinya menerusi satu posting di Instagram.

Perkara itu dibangkitkan oleh Hafreez apabila dia membicarakan mangenai gangguan seksual.

Ujar Hafreez, dia mengetahui wanita berkenaan hanya bergurau memandangkan wanita berkenaan menyatakan tidak menyukai lelaki.

Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan dia tidak berasa selesa dengan tindakan wanita itu.

“The problem was it’s my body. Abe perch cakap ‘Janganlah, Aku tak suka’, buat dia buat juga.

“Sebab pada dia, it was a joke. My fault juga. Sebab tak bertegas,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button