
Pentas saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) kali ini banyak dibarisi penyanyi dan komposer baharu yang dilihat mampu memberikan saingan yang cukup sengit pada pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-32.
Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin berkata Anugerah Juara Lagu dan program Muzik-Muzik masih kekal relevan bagi mengiktiraf karya-karya pemuzik tanah air.
“Sokongan kami terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti kerana saban tahun akan munculnya pengkarya seni baharu yang tampil dalam memeriahkan industri muzik khususnya golongan muda.
“Kami merasa wajar untuk terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus khususnya pencipta lagu dan penulis lirik yang sentiasa beraspirasi menghasilkan satu karya terbaik untuk dinikmati oleh para peminat muzik.
“Anugerah Juara Lagu masih kekal sebagai pentas terbaik bagi meraikannya,” katanya pada sidang media pengumuman senarai 30 lagu yang berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Antara barisan artis baharu yang pertama kali bertanding ialah Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli dan Syamel yang mana masing-masing mempunyai dua buah lagu yang tercalon dalam SFMM32.
Selain itu, lagu bekas pemenang AJL seperti Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan turut berjaya tersenarai sebagai barisan semi finalis.
Minggu SFMM32 akan berlangsung selama tiga minggu iaitu pada setiap Ahad jam 9 malam, bermula 29 Oktober, 5 dan 12 November ini bagi menentukan 12 lagu yang bakal melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang dijadualkan pada Februari tahun hadapan.
Sebanyak 30 buah lagu dipertaruhkan dan ia dibahagikan kepada 10 buah lagu pada setiap minggu separuh akhir.
Pentas SFMM32 akan dihoskan pengacara Muzik-Muzik iaitu Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad.
SFMM32 bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam dan para peminat boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada 25 Oktober, 1 dan 8 November seawal jam 9 pagi di kaunter pengawal Sri Pentas 2.
Persembahan SFMM32 Minggu Pertama, 29 Oktober.
1. Projektor Band: Aisyah ciptaan sepenuhnya oleh komposer Razif.
2. Salma: Akhirnya Cinta ciptaan Ajai, lirik Slen
3. Syamsul Yusof & Mawi: Bukan Propaganda ciptaan sepenuhnya oleh Syamsul Yusof.
4. Tajul & Wany Hasrita: Di Sana Cinta Di Sini Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Patrick Khamis.
5. Khai Bahar: Bayang ciptaan komposer Alam ( Harry Khalifah) dan penulis lirik Patrick Anahoda.
6. Azmi Caliph Buskers (penyanyi asal Faizal Tahir): Sejati ciptaan komposer Faizal Tahir dan Mike Chan.
7. Ayda Jebat: Mata ciptaan Audi Mok, Ayda Jebat dan Shazee Ishak.
8. Altimet: Amboi ciptaan komposer Navigator dan lirik oleh Altimet.
9. Hazama & The Penglipurlara: Aku Yang Sebenar ciptaan komposer Datuk M.Nasir dan Ad Samad.
10. Haqiem Rusli: Segalanya ciptaan Ibnu, Gouffran dan Danny.
Persembahan SFMM32 Minggu Kedua, 5 November
1. Dramaband & Haiza: Jangan Pernah Berdusta ciptaan sepenuhnya Aepul Roza.
2. Sufi: Aku Sanggup ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.
3. Tomok & Black: Rempuh ciptaan komposer Omar K, Ezra Kong, John Jeevasingham dan penulis lirik Hael dan Zel.
4. Aizat Amdan: Jangan Menangis ciptaan Aizat Amdan, Faizal Tahir dan Mike Chan.
5. Sufian Suhaimi: Harus Aku ciptaan sepenuhnya Sirkhan.
6. Floor 88: Zalikha ciptaan sepenuhnya Zai Hamzah.
7. Ara Johari: Warkah Untuk Mu ciptaan komposer Hang Nadim dan penulis lirik Laq.
8. Dayang Nurfaizah: Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya oleh Ajai.
9. Aiman Tino: Permata Cinta ciptaan komposer Apit dan penulis lirik A.C.K.
10. Siti Nordiana: Terus Mencintai ciptaan sepenuhnya oleh Siti Nordiana.
Persembahan SFMM32 (Minggu Ketiga, 12 November)
1. Syamel: Lebih Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Syamel.
2. Tajul: Sedalam-Dalam Rindu ciptaan Alam dan lirik Bazil / Iwan.
3. Atmosfera: Berakhirlah Sudah ciptaan sepenuhnya Rayner Rupin.
4. Ronnie Hussin: Menanti Janji ciptaan sepenuhnya Ippo Hafiz.
5. Haqiem Rusli: Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran.
6. Akim & The Majistret: Lagu Untuk Laila ciptaan Hang Nadim dan Laq.
7. Hael Husaini: Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
8. Wany Hasrita: Menahan Rindu ciptaan Ibnu dan Gouffran.
9. Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta ciptaan sepenuhnya Syamel.
10. Ismail Izzani: Sabar ciptaan Adib Hamdi, Omar K, Ismail Izzani dan Zayn. -KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram TV3