Cerita ArtisHiburan

Pak Nil Mahu Ambil Vaksin Covid-19 Yang Berbayar, Mahu Taja Kepada Sesiapa Yang Berminat

Setakat ini, telah terdapat banyak vaksin Covid-19 yang telah dihasilkan dalam usaha untuk membanteras pandemik berkenaan.

Di sebalik sudah ada rakyat di beberapa buah negara yang menerima vaksin berkenaan, rakyat di negara ini pula masih menanti dan dijangka akan diterima tidak lama lagi.

Bagi pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, memandangkan pemberian vaksin akan diberi secara berperingkat, beliau sanggup membayar untuk mendapatnya dengan lebih awal.

“Salam semua… katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu. Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran.

“Mungkin 5-10 bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran. Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengajak kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya untuk mendapatkan vaksin berkenaan, termásuk mahu menaja mereka yang berminat.

“Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor lah… Tp taklah ramai sebab harga pun tak tau lagi,” ujar beliau. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Pak Nil

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button