Cerita ArtisHiburan

Nur Fatima Sempat Rakam Lagu Galeri Bersama Kayda Sebelum Pulang Ke Australia

Tidak dinafikan peserta Gegar Vaganza 6, Nur Fatima antara penulis lirik yang sangat berbakat besar dan pernah terbabit dengan penghasilan beberapa buah lagu penyanyi popular sebelum ini.

Yang terbaharu, penyanyi itu baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Galeri dengan bergandingan bersama Kayda yang juga anak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air Datuk Sheila Majid.

Bercerita mengenai lagu Galeri, Nur Fatima berkata, ia mengisahkan tentang seseorang yang telah berpisah daripada pasangannya dan sedang dalam proses untuk move on, akan tetapi percampuran emosi yang dihadapinya menyukarkan proses tersebut apabila menatap gambar-gambar mereka ketika bersama di sosial media ibarat sebuah galeri, membangkitkan memori silam.

“Meneruskan kehidupan setelah berpisah adalah sesuatu yang sukar tetapi perlulah redha dengan apa yang terjadi dan belajar daripada perpisahan tersebut.

“Pada single kali ini Nur membawa kelainan dengan membawakan genre balada pop dengan elemen hip-hop yang disampaikan oleh Kayda kerana beliau mempunyai suara rap yang bagus, bertenaga dan sekaligus membawa aura yang lebih moden kepada lagu Galeri,” jelasnya.

Menurut Nur Fatima, lagu berkenaan ditulis dan digubah oleh komposer-komposer hebat negara seperti Omar K, Audi Mok, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

Ujarnya, proses rakaman serta suntingan dan adunan yang mengambil masa selama dua minggu telah dilakukan di Studio Enormus milik komposer Omar K.

“Memandangkan Nur dan Omar K pernah bekerjasama sebelum ini, jadi agak senang dan cepat proses rakaman tersebut dijalankan kerana beliau sudah tahu tahap kemampuan dan kebolehan suara Nur dari segi skala vokal dan stail nyanyian, selain dapat berkenalan dengan komposer-kompser baru yang muda dan berbakat menjadikan ia sebuah pengalaman manis.

“Kami (Nur dan Kayda) telah melakukan proses rakaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dikuatkuasakan sebelum saya pulang ke pangkuan suami di Australia. Ia dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Lagu Galeri boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia juga boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music,. Manakala video muzik lagu Galeri ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button