Cerita ArtisHiburan

Enggan Dibayangi Kisah Pertelingkahan Dengan Sebuah Kumpulan Rap, TTONTHEMOVE Tampil Dengan Single Roy

Sebelum ini kumpulan TTONTHEMOVE pernah terpalit dengan kontroversi apabila terbabit dengan pertelingkahan bersama sebuah kumpulan rap terkenal.

Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan berkenaan iaitu Tulangkata berkata, mereka kini enggan lagi dibayangi dengan kisah hitam berkenaan dan sekarang mereka muncul dengan single berjudul Roy.

“Pernah terpalit kontroversi berantakan dengan pemuzik lain tahun lalu, namun fokus kami tahun ini sememangnya bagi menghasilkan lebih banyak lagu yang segar & ‘rare’.

“Jadi, kami sudah melupakan tragedi hitam tersebut malah kini teruja untuk berkolaborasi bersama Zynakal yang hadir dengan alter-ego ‘RAQ’ dalam lagu ini dimana ia merupakan kolaborasi pertama Zynakal bersama kumpulan rap underground,” ujar.

Mula dilancarkan pada 5 Februari 2021, jelasnya lagi eksperimentasi muzik kali ini menyajikan kombinasi baru buat mereka dalam menemukan jalan tengah antara muzik trap ‘new-school’ dengan rock-kapak ‘old-school’.

Jelasnya, lagu Roy yang mendapat sentuhan lirik aripada Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom, B-Heart dan Zynakal juga menginspirasikan lagu malar segar ‘Pelesit Kota’ oleh kumpulan legenda Search sebagai rujukan Rompak Sound kali ini.

Disusun oleh kesemua ahli termasuk Zynakal, baris-baris lirik lagu ini memberi perspektif pada sub-kultur ‘rempit’ dan pengaruhnya pada cara hidup remaja abad 21.

Dalam pada itu, Roy menjelaskan bahawa menerusi sekuel ‘Rompak Sound’ ini dihasilkan bagi mencari kombinasi terbaik dalam pembikinan lagu melalui pelbagai eksperimen di dalam dan luar studio.

“Besar harapan kami agar lagu ini dapat membuka mata masyarakat tentang keseimbangan kombinasi antara muzik barat & rock-kapak timur.

“Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baru buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu serta mendapat sambutan ramai sekaligus membuka jalan baru buat kami dalam arena muzik tanah air,” jelasnya.

TTONTHEMOVE muncul sejak penghujung tahun 2019 apabila sekumpulan anak muda nekad mengekspresikan rasa jiwa mereka melalui muzik rap.

Mereka sebelum ini juga telah melancarkan lapan buah termasuklah ’Runnagang’ dan ‘Lu Tahu Tu’ yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat musik ‘underground’ negara.

Roy oleh TTONTHEMOVE feat. Raq kini sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik videonya boleh ditonton di YouTube channel TT ONTHEMOVE bermula jam 9 malam 5 Februari 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button