Cerita ArtisHiburan

Daiyan Trisha Buat Kejutan, Hadiahkan Ibu Bapanya Sebuah Kereta Mewah

Penyanyi Daiyan Trisha telah membuat kejutan buat ibu bapanya apabila menghadiahkan mereka sebuah kereta mewah.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi perkongsian di Instagramnya.

“I booked the car last December and alhamdulillah finally got to surprise my parents yesterday for their anniversary gift. what a joy to make them happy,” kongsinya.

Menurut Daiyan, salah satu sasaran utamanya adalah untuk membelikan kereta buat keluarganya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Bagaimanpun, penyanyi itu menyatakan dengan keberkatan yang diperoleh sepanjang tahun lalu membuatkan dia enggan menunda lagi sasarannya itu.

“Jika ada apa-apa, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuat mereka merasa lega dan mengisi hari-hari mereka dengan kegembiraan, kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan dibawa hari esok, ketika kita hidup di hari-hari yang tidak pasti.

“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa & mummy. Hug your parents, show them you love them, and do everything you can to repay them back. Takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba,” jelasnya.

Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button