Cerita ArtisHiburan

Jue Aziz Tak Kisah Kalau Ada Mahu Tiru Gaya Dirinya, Asalkan Ke Arah Kebaikan

Baru-baru ini telah viral sebuah video tentang seorang usahawan wanita yang juga pengasas produk disangka pelakon Jue Aziz.

Malah, perkara tersebut juga telah mendapat perhatian pelakon berkenaan yang lantas memberikan respons mengenai perkara berkenaan.

“I tak marah pun, I maafkan that girl yang cuba nak menyamar sebagai I. Staff dia nak gurau-gurau dan anggap dia macam Jue Aziz.

“It’s okey kalau ada sesiapa yang minat kat I ke, cuba tiru gaya I ke, dialu-alukan lepas ni,” jelasnya secara langsung di Instagram miliknya.

> Baca: Gara-Gara Video Gurauan, Pengasas Produk Diamond Gold Beauty Disangka Pelakon Jue Aziz

Ujar Jue, dia sememangnya tidak kisah jika perkara sebegitu ke arah kebaikan dan dirinya sangat bersetuju.

Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan sekiranya ia bukan ke arah kebaikan ia perlu dielakkan.

“Staff dia tu anggap dia macam I, tapi suara tu I don’t think so. Mungkin dia cuba buat hujung-hujung suara serak-serak.

“Jelas kat sini thank you that girl dan staff-staff dia jugak, cuba nak berlakon seperti I dalam keadaan yang terjaga,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Jue Aziz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button