Cerita ArtisHiburan

“Kalau Betul-Betul Kahwin Entah Macam Mana Reaksi Dorang” – Elizabeth Tan Tak Sangka Ada Peminat Mahu Unfollow Kerana Gimik Kahwin

Baru-baru ini, penyanyi Elizabeth Tan ada memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya memakai busana perkahwin sehingga ramai yang menyangka dia sudah mendirikan rumah tangga secara diam-diam.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar gimik yang dilakukan untuk mempromosikan lagu terbaharu yang menampilkannya berduet bersama Hazama menerusi single baharu berjudul Beku.

“Itu semua adalah idea Lizzy memandangkan kami nak release lagu ni macam dah rushing sangat. Sebab kalau nak buat marketing macam biasa, tak efektif sangat.

“Kemudian saya beritahu management untuk buat sesuatu yang boleh tarik perhatian ramai dengan masa yang pantas. Pada saya dengan buat gimik sebegitu adalah percubaan saya dan harap ia berkesan,” ujarnya.

Penyanyi yang mudah disapa Lizzy itu berkata demikian ketika sidang media secara virtual yang berlangsung semalam.

Dalam pada itu, Lizzy tidak menjangka gara-gara gimik berkenaan membuatkan ada peminat yang mahu unfollow dirinya di Instagram.

“Saya dah boleh agak sebab fanbase saya 80 peratus adalah lelaki, tetapi tak jangka sampai mereka nak unfollow pula.

“Kalau betul-betul kahwin macam manalah reaksi dorang semua. Takkan ler karier saya tak boleh diteruskan kalau saya dah berkahwin. Memang ada juga sedikit kerisauan,” jelasnya.

Beku merupakan lagu ciptaan bersama John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K.  

Lirik yang ditulis oleh Firdaus Rahmat ini cuba mengangkat kisah memori cinta lama yang masih meninggalkan kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan.

Dalam pada itu, mengulas tentang lagu ini, Hazama berkata, Beku merupakan lagu bersifat universal, sebuah pengalaman yang mungkin pernah dirasai setiap orang.

“Walaupun sudah lama terpisah, kenangan cinta lama masih terpahat dan kadangkala sehingga kini memberi kesan mendalam kepada kita,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button