Cerita ArtisHiburan

Mark Adam Ganti Tempat Shuib Jadi Penyampai Radio Hot FM

Teka-teki mengenai pengganti kepada Shuib untuk kerusi penyampai radio Hot FM akhirnya terjawab apabila Mark Adam menjadi pilihan stesen radio berkenaan.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi dan komposer itu menerusi Instagram miliknya.

“Bismillahirrahmanirrah! Assalamualaikum semua Syukur Alhamdulillah dengan peluang dan rezeki yang di berikan.

“Dalam kerjaya ini saya tau betapa besarnya tanggungjawab, saya berjanji untuk melekukan yang terbaik setiap hari untuk semua Insyaallah,” tulisnya.

Sebelum ini, Shuib mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi penyampai di Hot FM setelah dua tahun memeriahkan slot Geng Pagi Hot.

Sementara itu, seorang lagi penyampai Geng Pagi Hot iaitu Shuk Sahar masih lagi digantung tugas. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mark Adam

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button