
Emma Stone Bercinta Dengan Pengarah SNL
Khabar berita mengenai Emma Stone sudah kembali menyambung percintaan dengan bekas kekasihnya, Andrew Garfield nampaknya tidak benar sama sekali.
Ini kerana aktres itu dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki baharu iaitu, pengarah rancangan hiburan Saturday Night Live, Dave McCarry.
Hubungan di antara kedua-duanya dikatakan mula terjalin selepas Emma dijemput menjadi hos jemputan program itu, Disember tahun lalu.
Namun begitu, sehingga kini wakil jurucakap Emma masih belum memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan terbaharu melibatkan aktres tersebut.

Emma sebelum ini berpacaran dengan Andrew selepas masing-masing digandingkan bersama menerusi filem blokbuster The Amazing Spiderman, tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun mereka dilaporkan berpisah pada 2015 disebabkan kesibukan kerja masing-masing. – KopiPlanet.com