Cerita ArtisHiburan

Da’i Syed Tampil Dengan Single Ya Habib, Lirik Lagu Dihasilkan Ketika Berada Dalam Tahanan

Sebelum ini, penyanyi Da’i Syed pernah memberitahu dia pernah menghasilkan lirik lagu ketika berada dalam Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang selama 19 hari.

Ternyata, lagu berkenaan akhirnya akan menemui peminat apabila ia dilancarkan pada 5 Mac (esok) yang diberi judul Ya Habib.

“Selama berada dalam tahanan, saya cipta lirik dan lagu dan pastinya ia merupakan satu moment yang dinantikan oleh peminat-peminat saya.

“Dalam lagu ini memang ada menceritakan ketika saya berada kat dalam (tahanan), saya pernah muntah-muntah dan ada anxiety. Begitu juga dengan rasa sedih dan meronta-ronta dan itu semua diluahkan dalam lirik lagu ini,” jelasnya.

Dia berkata demikian sewaktu sidang media secara virtual pelancaran single Ya Habib dan pelantikannya sebagai duta wangian jenama Ya Habib keluaran syarikat DYXY Cosmetic.

Ujarnya, Ya Habib menceritakan tentang seorang anak muda menjalani kehidupan dan kemudian dia diuji dengan ujian. Apabila diuji dia rasa sedih dan jiwanya meronta-ronta, dia teringat sebagai seorang Yang digelar sebagai Ya Habib atau guru.

Selain bertindak sebagai penulis lirik, lagu Pop Elektronik dengan campuran Muzik Arab, Da’i Syed juga turut berkolaborasi dengan Ryan Deedat, Adam Armin, Yusuff Khan dan Adly Kiddy selaku komposer.

> Baca: Sepanjang Berada Di Lokap, Da’i Syed Sempat Hasilkan Lirik Lagu

Pada masa sama, Da’i Syed juga tidak dapat menyembunyikan perasaan berkobar-kobarnya untuk pelancaran lagu berkenaan, terutama sekali penerimaan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DYXY, Shah Hafiz memberitahu pihaknya juga turut terlibat dengan pembikinan muzik video (MV) lagu Ya Habib menerusi DYXY Media.

Mengenai pembikinannya, Shah memaklumkan bahawa 80 peratus adalah hasil idea Da’i Syed sendiri kerana penyanyi itu mahu memastikan MV tersebut bersesuaian dengan jalan cerita dalam lagu berkenaan.

“Kalau tengok MV ini, ia selari dengan perjalanan diri Da’i Syed dan perasaannya itu diluahkan dalam MV ini.

“Ada juga beberapa babak yang menunjukkan saat dia berada di dalam (tahanan), misalnya babak seperti muntah-muntah,” jelasnya yang menyatakan MV berkenaan boleh mula ditonton mulai 5 Mac pukul 9.00 malam.

Mengenai produk wangian Ya Habib pula, beliau menjelaskan ia adalah edisi khas yang dikeluarkan bersama Da’i Syed untuk peminat-peminatnya.

Ujarnya, untuk permulaan ini, sebanyak 5,000 minyak wangi edisi khas Ya Habib akan mula dijual mulai esok, serentak dengan pelancaran lagu.

“Harga untuk sebotol miyak wangi ini adalah RM119.00, tetapi untuk harga esok hanyalah RM99.00 sahaja.

“Selain itu, kami juga turut mengadakan cabutan bertuah menerusi 25 hadiah termasuk hadiah grand prize untuk setiap pembelian,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
54
+1
7
+1
14
+1
1
+1
1
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button