Cerita ArtisHiburan

Shuk Sahar Sudah Berjumpa Pemuda Serang Dirinya Ketika Berniaga Air, Ambil Keputusan Untuk Berdamai

Bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar menyatakan dirinya sudah bertemu dengan pemuda yang menyerangnya ketika dia sedang berniaga air beberapa hari lalu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Shuk menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“So guys saya dah berjumpa dengan brader nilah yang datang masa saya berniaga air tu.

“Apa yang kitaorang nak beritahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai,” jelasnya.

Sebelum ini, Shuk telah diserang oleh seorang pemuda yang tidak dikenali ketika berniaga air sehingga video insiden tersebut menjadi viral.

Pada masa sama, Shuk juga turut memohon maaf kerana memuat naik video berkenaan hingga membuka aib pemuda berkenaan.

“Saya ambil keputusan untuk turun (padam) video itu. So benda ni settle lah ye,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi video yang sama juga pemuda berkenaan telah memohon maaf kepada Shuk.

“Saya nak minta maaf pda Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap.

“Sebagai orang yang dewasa, saya minta maaf sangat,” jelasnya. – KopiPlanet.

Kredit Foto: Shuk Sahar

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0
+1
6
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button