HiburanSelebriti

Gara-Gara Tiada Pembeli, Aliff Syukri Mahu Sewakan Sahaja Rumah Di Pavilion

Sebelum ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri pernah berkongsi mengenai hasratnya untuk menjual sebuah rumah miliknya yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga RM6 juta.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan tersebuat terpaksa dilupakan gara-gara ketiadaan pembeli.

“Sedih sangat saya sebabnya saya nak jual rumah apartment saya di Pavilion Bukit Bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada Market Value hanya RM6 juta fully furnished.

“Disebabkan pembeli x ada.. saya rasa saya nak sewa sahaja rumah ni pada harga murah-murah. Kepada anda yang nak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM28k.. sebab musim covid saya bagi 45 -50 persen diskaun,” ujarnya.

> Baca: Aliff Syukri Mahu Jual Rumah Miliknya Di Pavilion Dengan Harga RM6 Juta

Menurutnya, rumah berkenaan terletak di pusat membeli-belah mewah dan memudahkan mereka yang menyewa untuk shopping.

“Rumah ni betul-betul bawa Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ke prada kee turun jer bawah lift dah sampi.

“Memang senang dan yang paling best pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion nak tengok wayang turun bawah saja rumah ni ada empat bilik, tiga bilik air,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
8
+1
6
+1
52
+1
15
+1
43
+1
18

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button