Cerita ArtisHiburan

Lagu Masa Sebuah Karya Menampilkan Empat Anak Muda Berbakat Besar

Lagu berjudul Masa yang dibawakan oleh empat anak muda iaitu Baal, Amzeeq, Yonnyboii dan Izhar adalah sebuah karya dengan tajuk yang sangat besar yang boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara sekeliling yang dilakukan dalam urusan harian.

Pengurusan masa dalam hidup adalah sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman pandemik yang sedang kita hadapi.

Lebih menarik, dari sudut pandang salah seorang yang terlibat dala lagu ini iaitu Amzeeq, dia mengatakan anak-anak muda masa kini lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah.

“Tujuan lagu ini ditulis adalah untuk lebih menggalakkan mereka untuk bertindak keluar daripada kotak ‘malas’ sementara masih muda.

“Zaman muda ni zaman kena pulun! Biar tak selalu asalkan ada progres, tujuan saya bawakan lagu ini adalah untuk mengajak anak-anak muda lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita dan impian mereka dalam apa jua bidang yang diminati,” katanya.

Manakala menurut Baal pula, lagu Masa ni adalah sangat bersesuaian untuk dijamu kepada para pendengar kerana ia telah disuntik dengan isi tersurat dan tersirat.

Jelasnya, pendengar sedikit sebanyak dapat menikmati karya karya anak muda yang lebih untuk memberi ikhtibar mahupun nasihat dengan nyanyian.

“Harapan saya dengan lagu Masa ini adalah untuk mengubah persepsi anak-anak muda yang masih mempunyai peluang bagi membentuk kehidupan mereka dengan lebih sempurna kerana mereka mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang hebat untuk suatu masa akan datang.

“Bagaimanapun, perubahan perlu dilakukan dengan usaha dan saya berharap lagu Masa dapat membuka ruang-ruang yang baru dan berbaloi,” ujarnya.

Sementara itu, Izhar menyatakan dia dijemput oleh Baal dan Amzeeq ke studio untuk bekerjasama dalam lagu ini pada 23 Februari tahun lalu dan berjaya menyiapkan penulisan dan rakaman ‘verse’nya pada waktu itu juga.

“Mereka begitu baik sekali dan membuat saya selesa untuk bekerja. Ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan mereka dan saya rasa beruntung dapat meluahkan perasaan saya melalui lagi ini.

“Terima kasih kepada Baal dan Amzeeq kerana sudi mengajak saya untuk berkolaborasi bersama Yonnyboii dan berkerjasama untuk lagu ini,” kata Izhar.

Menurutnya, Masa tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Izhar menyatakan penulisan liriknya hanya menceritakan tentang diri sendiri ketika berada di tempat yang sukar dan menghadapi kekangan hidup susah.

“Harapan saya untuk lagu Masa cukuplah buat saya gembira kalau keluarga saya dan rakan-rakan saya suka, dan harapan saya agar lagu ini diterima oleh semua dan mendapat sambutan dari peminat scene hip hop ‘underground’ Malaysia,” katanya.

Masa kini sudah tersedia di semua pelantar pengstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 5 Mac lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button