Cerita ArtisHiburan

Pernah Alami Keguguran Tahun Lalu, Yatt Hamzah Umum Kehamilan Ke-6 Pada Usia 40 Tahun

Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil kali ke-6 pada usia 40 tahun.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Yatt menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas.

“Walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je. Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh..,” tulisnya.

Pada September tahun lalu, pelakon berkenaan telah mengalami keguguran setelah keracunan makanan.

Dalam pada itu, Yatt juga memberitahu bahawa dijangka akan bersalin pada bulan Julai ini.

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..? 

“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya.. Hello lil baby In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen..,” ujarnya.

Pelakon berkenaan kini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Suci Hanania Malika, Suci Humaira Iqima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaika. – Kopiplanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button