Cerita ArtisHiburan

“Selamat Tinggal Jemaah Semua” – Zul Yahya Akui Tidak Lagi Bersama Jemaah Tabligh

Sejak kebelakangan ini, nama Zul Yahya sering menjadi bualan, terutama sekali tentang memberhentikan anaknya sekolah dan berkenaan penggunaan vaksin.

Yang terkini, pelakon tersebut juga telah mengakui sudah tidak lagi bersama jemaah Tabligh.

“Jangan kaitkan saya dgn jemaah TABLIGH demi menjaga kemuliaan nama jemaah TABLIGH.

“Saya tidak lagi bersama dgn mereka… Selamat tinggal jemaah semua,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Zul Yahya, meskipun sudah tidak bersama lagi, namun banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang bersama jemaah Tabligh. 

“Alhamdulillah banyak perkara-perkara yang saya berlajar dari mereka dan Jazakallah hu khairan khasira diatas perkongsian ilmu dan kasih sayang yg dikongsikan.

“Selamat tinggal segala-segala urusan bersama mereka insyaAllah… semoga setiap apa yang dikongsikan dapat saya amalkan dan doakan semoga saya dapat terus istiqomah hingga mati,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button