Cerita ArtisHiburan

“Kita Dari Keturunan Yang Mulia Dari Nasab Yang Mulia” – PU Syed Tegur Sharifah Sakinah Tentang Berpakaian

PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak al Yahya telah membuat teguran terhadap pelakon Sharifah Sakinah tentang isu berpakaian.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, PU Syed memberitahu dia pernah menegur pelakon itu menerusi DM pada 12 Januari 2019 dan kini dia sekali telah menegur secara terbuka.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosmed yang lain ambe tak tahu dan tak ingin untuk ambil tahu. Ambe ingin TEGUR “perbuatan” puan, sekaligus dapat menegur followers puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan pada khalayak adalah suatu yang membawa kepada dosa,” tulisnya.

Menurut PU Syed lagi, sekalipun hidup ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tak boleh dilangkaui serta dilanggari.

“Biarlah puan naik dan popular dgn disulami adab dan akhlak yg terpuji. Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, kita dari keturunan yang mulia dari nasab yang mulia, maka perlu ambe menegur utk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.

“Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi. Belum terlambat untuk puan tunjuk sesuatu yang mulia kepada followers puan di luar sana,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon berkenaan juga turut berkongsi tentang teguran yang diterimanya itu di akau Instagram miliknya.

#sedarasedara done tegur. Im sorry, doakan yang baik baik,” tulisnya ringkas. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah & PU Syed

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
4
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button