Cerita ArtisHiburan

Eza Edmond Yakin Miliki Hatiku Dapat Diterima Ramai Seperti Lagu Terdahulu

Boleh dikatakan kehadirannya dalam industri muzik mungkin kurang dikenali, namun tatkala menyebut sahaja lagu Bahagia, nama Eza Edmond pasti akan terlintas difikiran kebanyakan peminat.

Siapa sangka lagu tersebut benar-benar melonjakkan namanya seterusnya memperkenalkan dirinya kepada khalayak umum kira-kira tiga tahun lalu.

Bagi Eza, tidak dinafika Bahagia benar-benar memberikan pengalaman berharga buatnya apabila meraih 10 juta tontonan di YouTube rasmi dan 40 juta tontonan di saluran lain membuatkan dia antara orang paling gembira.

Kini setelah tiga tahun merakamkan Bahagia, dia tampil dengan lagu Miliki Hatiku yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Sheikh Qalam Records pada 25 Februari lalu.

“Memang saya gembira apabila perjalanan sebagai penyanyi telah dipermudahkan. Masa mula merakamkan Bahagia dulu, saya sendiri tidak menyangka lagu tersebut diterima baik oleh peminat sehingga viral.

“Sudah pasti apabila hadir dengan single baharu, saya berharap momentum itu akan berkekalan. Setidaknya Miliki Hatimu pelan-pelan diterima ramai seterusnya mengingatkan semula ingatan peminat kepada diri ini,” katanya.

Jika Bahagia berkisar kepada kisah duka dalam percintaan, Miliki Hatiku pula lebih pop, mudah didengar dan mempunyai mesej positif dalam perhubungan.

Lagu yang diciptakan bersama dengan Aizuddin Madani itu mempunyai bait-bait lirik yang mudah difahami dan tidak berkiasan seperti kebanyakan lagu lain.

Ujar anak kelahiran Tuaran, Sabah ini lagi, trend semasa yang mahukan lirik dan mesej sebegitu menjadi pedoman kepadanya dalam berkarya.

“Bila saya rakamkan Bahagia dulu, saya dapat rasakan pendengar lebih suka kepada lirik yang mudah difahami. Sebab itu untuk lagu kali ini, saya gunakan formula yang sama.

“Harapnya, Miliki Hatiku akan mampu diterima baik selepas dilancarkan. Soal lambat diterima atau tidak, saya tak kisah. Asalkan masih ada yang sudi mendengar pun sudah cukup baik,” tambahnya.

Eza atau nama sebenarnya Eza Hafizah Edmond baru sahaja menyelesaikan pengajian ijazah dalam bidang Persembahan Muzik di UiTM Shah Alam, Selangor. 

Dia yang kini ‘terkandas’ di kampung kelahirannya di Papar, Sabah berharap agar Pandemik Covid-19 ini segera berakhir untuk memudahkannya kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan acara promosi dan sebagainya.

“Buat masa ini saya masih berada di kampung. Kalau keadaan reda barulah saya pulang ke ibu kota. Sekarang saya hanya fokus membuat promosi secara online dahulu,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, sepanjang bergelar penyanyi Eza pernah terlibat dalam pelbagai acara besar termasuklah Boombastik CTDK Hot FM 2019, Konsert Jazz UITM 2019, Showcase Anugerah Meletop Era 2019 dan puluhan acara yang lain.

Miliki Hatiku sudah berada di semua platform digital dan lagu ini dilancarkan secara rasmi pada pukul 9.00 malam pada tanggal 25 Februari di saluran YouTube Sheikh Qalam Records. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button