Cerita ArtisHiburan

Pernah Dipertikai Jadi Duta Pusat Tuisyen PTTI, MK K-Clique Dedah Keputusan SPM Yang Diperolehinya

Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu MK telah dilantik sebagai duta pusat tuisyen PTTI Group Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, pelantikannya itu telah dipertikai segelintir netizen kerana dia dianggap tidak layak tanpa mengetahui latar belakang akademiknya.

Ditanya mengenai latar belakang akademiknya, MK sebenarnya pernah mendapat keputusan agak cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya pada tahun 2013.

“Saya mendapat 5A dan 3B dalam SPM. Saya pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 2012 hingga 2015. Secara peribadi, saya anggap keputusan dan tahap pendidikan itu paling baik saya pernah capai.

“Saya percaya ada yang lebih bagus dan cemerlang. Ketika itu memang bersemangat membuktikan kepada keluarga yang saya boleh buat. Alhamdulilah ia menjadi kenangan manis untuk saya kenang,” katanya.

Menurut MK, pada awalnya dia sedikit ralat dan sedih apabila ada yang mengecam serta mempertikai pelantikan berkenaan.

“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan. Saya percaya PTTI ada sebab dan alasan tersendiri memilih diri ini.

“Saya anggap dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh saya, matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan generasi baru iaitu pelajar SPM boleh dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, MK juga akur dan sedar bahawa bukan senang buat dirinya untuk memuaskan hati semua orang.

Ujarnya, apatah lagi ada segelintir yang menyerlahkan sisi ‘bad boy’ dirinya hingga sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTI yang menekankan hal akademik.

“Dalam hidup ini, saya percaya kita tak boleh nak senangkan atau memuaskan hati semua pihak. Ada yang suka dan sebaliknya. Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya. Tapi apa jadi hidup harus diteruskan.

“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin. Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya yang mengikat setahun kontrak bersama PTTI.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana berkata, mereka ada alasan konkrit memilih MK.

“Dalam hidup ini, kita pantas menghukum. ‘Dont judge a book by its cover’. Kami di PTTI ada sebab memilih MK. Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni. Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai.

“Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat keputusan SPM (5A dan 3B) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
9
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button