AdvetorialKongsi

Wawa Cosmetics Anjur Top Achivers & Gala Dinner Award, Beri Penghargaan Peniaga Yang Berjaya

Setelah tiga tahun berada di pasaran, jenama kosmetik milik pelakon popular, Wawa Zainal iaitu Wawa Cosmetics terus mencipta fenomena sehingga sekarang.

Biarpun negara dibelenggu penularan wabak Covid-19 sepanjang tahun lalu, ternyata ia bukan halangan buat peniaga yang menjual produk Wawa Cosmetics mencapai sasaran jualan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Melihatkan kesungguhan dan kejayaan diraih setiap daripada mereka, Wawa menerusi jenama berkenaan telah mengadakan majlis Top Achivers & Gala Dinner Award bagi memberi penghargaan kepada peniaga yang berjaya.

Sebanyak lapan peniaga yang mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun lalu diberikan penghargaan berupa sijil, trofi dan tajaan percutian ke Eropah bersama pasangan masing-masing.

Wawa, 29, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, acara dan hadiah diberikan adalah cara dia dan suami menghargai penat lelah mereka, sekali gus membantu perniagaan yang diusahakannya.

“Kami adakan acara anugerah ini memang untuk hargai mereka. Bagi saya dan Aeril acara sebegini sudah biasa, tetapi pada mereka apabila ambll gambar, berjalan di karpet merah dan melaram dengan busana masing-masing, ia bukan selalu mereka buat. 

“Jadi, kami hargai mereka dengan memberikan sijil, trofi, dan hadiah percutian sebagai bukti yang mana ini hasil titik peluh mereka. Jadi, mereka boleh tahu untuk dapatkan anugerah bukan senang. Sebab mereka juga kena bersaing dengan peniaga lain.

“Kami hargai mereka dengan cara sebegini. Jadi kami sanggup berhabis untuk mereka. Kami pernah ada di situasi mereka apabila dapat penghargaan kita akan buat terbaik. Saya harap apa kami buat ini, akan menambah baik lagi prestasi mereka,” katanya.

Difahamkan tajaan percutian itu menelan belanja lebih RM100,000, Wawa menjelaskan dia mahu mereka yang berjaya ada detik indah bersama mereka.

Menurut Wawa, dia berhabis dalam ratusan ribu ringgit untuk lapan hadiah ke Eropah termasuk membawa bersama pasangan masing-masing.

“Sebelum ini, kami bawa mereka berbelanja di kedai jenama mewah dan bagi mereka pilih beg tangan disukai. 

“Baru-baru ini pun ada bagi hadiah ke Eropah juga. Mereka ini suka berjalan dan melancong. Walaupun belum boleh pergi, tapi bagi hadiah awal,” katanya.

Pada majlis itu, Nur Adila Saidi diumumkan sebagai Top 1 dengan nilai ‘restock’ RM3.3 juta sepanjang tahun lalu.

Berkongsi mengenai kejayaan diraih sepanjang Wawa Cosmetics beroperasi, Wawa berkata apa yang penting adalah usaha dan kerja keras.

“Ini tahun ketiga, bukan satu perjalanan mudah. Sebab semua tahu kami bermula macam mana.

“Nak naik insyaAllah ada jalannya, namun untuk konsisten memerlukan sesuatu yang kita tak boleh selesa denga napa yang kita ada. Kena selalu kreatif. Dengan pasukan juga mereka tak boleh selesa,” ujarnya.

Jelasnya, setakat ini dianggarkan 5,000 peniaga aktif yang menjual produk Wawa Cosmetics di seluruh negara dan tidak termasuk di luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button