EventHiburan

12 Lagu Bersaing Di Pentas AJL 35, Lagu Manakah Dinobatkan Sebagai Juara?

Setelah tertangguh sebelum ini, saingan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) akan bersiaran secara langsung pada malam ini.

Sebanyak 12 lagu yang akan dipertandingkan setelah lolos dalam saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang berlangsung sebelum ini.

Antara lagu-lagu yang akan bertanding adalah Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah) , 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hutang (Floor 88) dan Kau Sakiti (Amir Masdi).

Selain itu, turut berentap adalah lagu Gundah (Ernie Zakri), Gila (Kaka Azraaf, Noki & Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana) dan Aku Bidadari Syurga (Aishah).

Biarpun keputusan hanya akan diumumkan pada malam ini, namun sudah ada yang cuba meramalkan sesebuah lagu itu untuk menjadi juara.

Antara lagu yang disebut-disebut untuk bergelar juara seperti 7 Nasihat, Gila, Peluang Kedua, Eh dan Jangan Khianati Aku.

Bagaimanapun, kehebatan lagu-lagu lain juga tidak boleh diketepikan dan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula, berdasarkan lagu dan persembahan yang dilihat sewaktu saingan SFMM, ternyata Azlan & The Typewriter menerusi lagu Jangan Khianati Aku, Ernie Zakri (Gundah) dan Aina Abdul (Semalam) dilihat bakal bersaing sengit.

Apapun, AJL35 kali sudah pastinya berlangsung dalam keadaan yang luar biasa memandangkan tiada kehadiran penonton bagi mengikut SOP yang telah ditetapkan, namun kehangatannya tetap dirasai. – KopiPlanet.com

Ramalan KopiPlanet Untuk AJL 35

  • Juara: Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana)
  • Naib Juara: Peluang Kedua – Nabila Razali (Hael Husaini & MFMF)
  • Tempat Ke-3: 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta (Kmy Kmo & Luca Sickta)
  • Vokal Terbaik: Azlan & The Typewriter (Jangan Khianati Aku)
  • Persembahan Terbaik: Floor 88 (Hutang)
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button