Cerita ArtisHiburan

“I’ve Tried My Very Best… I’m So Sorry” – Nabila Razali Mohon Maaf Atas Persembahan Di AJL 35

Nama penyanyi Nabila Razali pada malam ini menjadi sebutan gara-gara persembahan yang kurang memuaskan ketika mempersembahkan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35).

Lantaran itu, penyanyi berkenaan mendapat kecaman netizen di media sosial yang tidak berpuas hati dengan persembahannya.

Nabila Razali kemudiannya telah memuat naik satu tweet yang memohon maaf kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini dan MFMF.

“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini@wearemfmf,” tulisnya ringkas di akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya telah memberi kata-kata semangat dan menyatakan dia sudah cuba buat yang terbaik.

Malah, ada yang menyatakan ia satu percubaan yang baik memandangkan Nabila baru pertama kali beraksi di pentas AJL. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
4
+1
0
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button