Cerita ArtisHiburan

Ruhainies Enggan Bertunang Lama-Lama, Paling Lama Seminggu Sahaja

Jika kakaknya, pelakon Risteena Munim mengambil masa selama setahun mengikat tali pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga, Ruhainies pula mahu mengambil pendekatan sebaliknya.

Ruhainie berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengambil tempoh masa yang lama untuk bertunang.

“Saya okey je nak bertunang, tapi tak nak lama-lama. Paling lama seminggu sahaja.

“Misalnya kalau saya dah ada tarikh kahwin, jadi seminggu sebelum itu saya akan bertunang,” jelasnya.

Ketika ini, pelakon berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang kini sedang menetap di London.

Dalam pada itu, Ruhainies juga memberitahu dia mungkin tidak akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Ujarnya, buat masa ini dia belum ada lagi perancangan ke arah tersebut memandangkan jadual lakonan yang cukup padat.

“Kekasih pun memang ada bertanya, apatah lagi hubungan kami sekarang sudah memasuki tahun keempat.

“Cuma tahun ni memang confirm-confirmlah tidak. Apa pun saya berserah pada aturan Allah,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button