Cerita ArtisHiburan

Andi Bernadee Buat Kemunculan Selepas PKP, Datang Ke Majlis Perasmian Butik Terbaru Fipper

Penyanyi Andi Bernadee telah membuat kemunculan di khalayak buat kali pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika hadir ke majlis perasmian butik Fipper di Aeon Seri Manjung.

Dalam majlis yang berlangsung pada 13 Mac lalu, peminat berpeluang bertemu Andi dan beramah mesra tetapi dalam masa yang sama tetap mengamalkan SOP PKPB.

Menurut Andi, sejak PKP lalu dia tidak pernah turun padang bertemu peminat dalam tempoh yang agak lama.

“Alhamdulillah saya berpeluang bersua muka dengan mereka. Ada yang cakap mereka suka saya sebagai pelakon, ada yang rindukan nyanyian saya.

“Rata-rata mereka tanyakan saya soalan bila nak berlakon lagi? Sebenarnya saya akan terlibat dalam dua buah drama iaitu satu siri pendek untuk raya ni dan satu lagi siri drama episod,” ujarnya.

Menurut Andi, walaupun diuji dengan perbuatan sihir, kerja untuk mencari rezeki tetap diteruskan demi kelangsungan hidup.

Jelasnya, dalam keadaan sekarang semua berebut untuk mendapatkan peluang atau mencari rezeki.

“Sebagai anak seni saya kena berusaha dan kena kuat bekerja agar untuk hidup. Kerja macam kami tak ada gaji bulan, ibaratnya kais pagi, kais petang untuk mencari rezeki.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada media dan juga peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan agar saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Andi baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Kais Pagi Kais Petang.

Lagu berkenaan menggambarkan kehidupan setiap manusia yang perlu bekerja setiap hari untuk mendapatkan rezeki, ada orang yang senang dan ada orang yang susah.

“Ini lumrah kehidupan bukan di negara kita sahaja, malah seluruh dunia melalui kehidupan yang sama,” ujarnya.

Untuk makluman Fipper juga ada menjalankan kempen bersama Zoo Negara dengan setiap pembelian Trucker Cap yang berharga RM9.90 anda telah menyumbang kepada Zoo Negara.

Jumlah jualan ini akan diserahkan sepenuhnya kepada Zoo Negara bagi menampung kos operasi.

Pada masa sama, Andi juga turut menyeru orang ramai untuk terus menyokong program ini demi membantu haiwan haiwan di Zoo Negara.

“Saya sendiri diberi penerangan tentang perbelanjaan untuk memelihara haiwan di sini, sangat besar jumlahnya. Jadi, marilah sama sama kita bantu pihak Zoo Negara.

“Fipper juga merancang untuk menghasilkan video raya edisi Fipper yang sepatutnya dilaksanakan tahun lepas tetapi ia ditangguhkan sebab PKP, harapan agar tahun ini terlaksana projek video raya Fipper bersama Andi,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button